Skip to main content

Bola Sepak

Tan Cheng Hoe gembira kembali tabur bakti untuk skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ta.jpg
Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mengakui kepulangannya ke Wisma FAM adalah demi menggapai impian yang tidak kesampaian sebelum ini iaitu penampilan di pentas Piala Asia.

Dalam tempoh khidmatnya sebagai ketua jurulatih dari 2018 hingga 2021, skuad negara sering terkandas di peringkat kelayakan termasuk ketika beliau menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal dari 2010 hingga 2013.

Cheng Hoe tampil buat kali pertama dalam sidang media hari ini sejak namanya disahkan menggalas tugas itu bulan lalu.

"Matlamat pertama adalah layak ke Piala Asia 2027. 

"Dalam masa sama projek jangka masa panjangnya adalah slot Piala Dunia 2030. 




"Apa yang penting, saya akan gunakan segala pengalaman untuk membantu Harimau Malaya dan B-23 yang di bawah Nafuzi Zain selain peringkat umur yang lain. 

"Kumpulan umur sebegitu juga penting untuk Harimau Malaya pada masa hadapan," katanya. 

Untuk rekod, skuad negara kembali ke pentas Piala Asia secara merit di bawah rejim pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon, dalam edisi 2023 di Qatar.
 

Advertisement

Must Watch Video