"FAM berada di titik terendah"
Itu luahan kecewa bekas Setiauasa Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan alasan bertulis berhubung kes pemalsuan dokumen membabitkan pemain warisan.
Azzuddin menganggap pendedahan itu sebagai aib yang lebih besar, sekali gus berasakan tidak wajar buat badan induk itu untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
"Amat terendah sekali, oleh kerana kita tidak pernah melalui isu ini sejak FAM ditubuhkan.
"Bukan setakat FAM, malah mengaibkan Malaysia.
"Jadi, tidak wajar untuk kita mengambil apa-apa yang mungkin ada lagi dimensi lain akan timbul.
"Tampil ke hadapan beritahu apa yang berlaku atau memohon maaf perkara yang terlepas pandang kepada peminat dan Kerajaan Malaysia.
"Kerajaan banyak membantu menyokong pembangunan bola sepak negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Terdahulu, FIFA mendedahkan laporan terpinci setebal 63 muka surat mengenai keputusan Jawatankuasa Rayuan yang diumumkan 3 November lalu.
Perkara 304 antara yang mencuri tumpuan kerana kes tersebut perlu disiasat pihak berkuasa jenayah melibatkan lima negara iaitu Sepanyol, Argentina, Belanda, Brazil termasuk malaysia.
"Ini menjadi lebih serius apabila FIFA meminta pertolongan daripada agensi negara-negara berkenaan," tambahnya.