Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, menggesa pengurusan The Kop untuk menambah bilangan pemain berkualiti jika benar-benar mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017-18.
Skuad kendalian Jurgen Klopp melalui musim yang menakjubkan pada 2016-17 tetapi keputusan yang diraih sewaktu bertemu pasukan bawahan telah menyebabkan mereka sekadar di tangga keempat liga.
Carragher yang pernah beraksi sebanyak lebih 500 kali buat Liverpool menganggap pasukan itu mampu untuk mencabar, namun mereka perlu menaik taraf skuad.
“Kesebelasan utama dilihat boleh menghadapi mana-mana lawan walaupun ketika perlawanan besar,” kata Carragher.
“Keputusan di sekitar waktu Krismas dan Januari membuktikan Liverpool memerlukan penambahan yang berkualiti.
“Mereka perlu menjadikan pemain di bangku simpanan sama kuat dengan yang beraksi di dalam padang dan ia adalah tentang kualiti pemain yang dibawa masuk,” tambahnya.