Tular baru-baru ini dengan cerita kesederhanaan pemain kelab Johor Darul Takzim, Arif Aiman menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Kelantan. Tetapi bagi saya, semua pemain bolasepak tempatan sememangnya begitu. Mereka sangat menghargai sokongan peminat dan akan melayani sesiapa sahaja.
Begitu juga jika bersama keluarga ( bagi pemain yang belum berkahwin ) mereka akan kembali jadi seperti anak-anak yang selalu mendampingi keluarga di Aidilfitri. Itulah kelebihan yang ada kepada pemain bolasepak negara walau sudah bergelar bintang pujaan.
Belum pernah dalam sejarah bolasepak negara tentang pemain bolasepak yang sombong dan tidak mahu melayani peminat yang mahu bergambar. Budaya kita yang kaya dengan adab serta tatasusila yang dijunjung walau ke mana sahaja menjadi warisan pemain - pemain malah atlit Malaysia amnya.
Inilah uniknya atlit Malaysia. Saya telah menyertai 2 temasya Olimpik iaitu pada 2012 di London dan 2016 di Rio de Janiero serta temasya Komanwel di Glasgow pada 2014 dan Gold Coast 2018. Jika ingin dibandingkan, atlit negara kita paling berhemah dan menjaga tatasusila seorang atlit, paling penting tidak sombong walaupun sehari sebelum acara penentu hidup mati bakal disertai.
Apapun Arif Aiman,anda wajar jadi contoh kepada anak muda yang kadang kala mendongak ke langit tanpa sedar menunduk itu lebih baik dan disanjung tinggi.
Selamat Hari Raya Arif Aiman dan semua Atlit Malaysia!