Perlawanan amal yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Keempat memberikan gambaran jelas bola sepak Kelantan masih bernyawa.
Masih ramai ramai penyokong mengharapkan inisiatif ini mampu mencetuskan semangat baru buat pasukan yang bakal bersaing di saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti Kelantan Darul Naim serta Kelantan Red Warriors.
Bagi bekas pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, berasakan kehadiran 12000 penyokong membanjiri stadium di Kota Bharu itu merupakan signal tepat bahawa penyokong merindukan wajah sebenar bola sepak negeri dari Pantai Timur itu.
"Saya rasa ini merupakan perlawanan yang penyokong Kelantan tertunggu kerana kita tahu pasukan Kelantan sekarang merundum, aksi seperti ini yang dapat memeriahkan suasana di Kelantan," katanya.
"Mereka (penyokong) betul-betul merindukan suasana bola sepak seperti dulu, sebelum ini ramai dan malam ini mereka datang lagi," tambah Farhan.
Dengan perubahan ditampuk pengurusan KDN sendiri, sewajarnya usaha yang di lakukan itu mampu jadi penyuntik semangat untuk KDN mengembalikan bola sepak Kelantan ke kancah terbaik iaitu Liga Super
Bagi pemain kelab bola sepak Carabat, Azidan Saruddin, aksi semalam memberikan motivasi terbaik buat pasukannya yang akan melebarkan sayap ke saingan Liga A3 musim depan.
Meskipun majoriti pemain dibarisi pemain yang sudah gantung but, Reglers All Star tenang mencetak kejayaan tipis 1-0 mengatasi Carabat.
"Kita sebagai penyokong harap sesuatu positif buat KDN, pasukan dari Kelantan apa nama sekali pun kami akan sokong." tambah penyokong.