Skip to main content

Bola Sepak

Tahukah anda? Kelab ini kena pemotongan 33 mata akibat pemalsuan dokumen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aurora.jpg
Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bolasepak Bolivia (BFF) telah mengenakan hukuman berat ke atas kelab Aurora selepas mendapati terdapat pemalsuan dokumen berkenaan seorang pemain.

Bukan setakat umur, malah nama juga berbeza!

Pendedahan mengejutkan negara itu membabitkan pemain sayap, Gabriel Montano, menunjukkan umurnya berusia 20 tahun berdasarkan dokumen rasmi.

Namun, selepas melalui beberapa peringkat pemeriksaan, ternyata nama sebenarnya ialah Diego Montaño dan berumur 25 tahun.

Situasi itu menyebabkan pelbagai pendebatan hangat, dan akhirnya BFF memutuskan untuk membatalkan kelayakan pemain itu termasuk menghadapi penggantungan selama dua tahun.

 

Selain itu, Aurora berdepan penolakan 33 mata. Setiap perlawanan yang menurunkan Montano dihukum serta meninggalkan kesan besar memasuki musim baharu.

Walaupun musim terdahulu sudah tamat dan hukuman baru sahaja dijatuhkan, Aurora terpaksa memulakan musim 2025 dengan -33 mata. Pasukan juga perlu membayar denda sepenuhnya kepada persatuan.

Penyingkiran mata tidak akan mengubah pencapaian musim lalu, tetapi pasukan itu perlu memulakan musim baharu dalam situasi yang sukar bermula April lalu.

Difahamkan, pihak pengurusan dan presiden kelab juga dihukum ekoran bersubahat dalam kes itu.
 

Advertisement

Must Watch Video