Skip to main content

Bola Sepak

(Terkini) Buriram juara, Selangor naib juara ACC Shopee Cup 2025/26

se

Selangor terpaksa akur bergelar naib juara Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Buriram United di Chang Arena, Buriram, Sebentar tadi.

Wakil negara, Selangor bermula garang dalam awal permainan apabila peluang terhidang hadir seawal minit kedua, namun percubaan Faisal Halim ditampan Neil Etheridge dan tindakan susulan daripada Quentin Cheng mudah dihadang pertahanan Buriram.

Kerja keras jentera serangan Selangor akhirnya membuahkan hasil selepas rembatan deras Syahir Bashah daripada luar kotak penalti -gol pertama dalam empat penampilan di Piala ASEAN- memecahkan kebuntuan untuk memastikan Selangor mendahului 1-0 pada minit ke-18.

 

 

 

Begitupun, tolakan bola daripada Suphanat Mueanta hasil hantaran Theerathon Bunmathan memastikan Buriram kembali mengikat kedudukan 1-1 dalam separuh masa kedua.

Masuk babak kedua pula menyaksikan kapten skuad kebangsaan Thailand, Theerathon, membuktikan kredibilitinya selepas rembatan cantik kaki kirinya menewaskan Sikh Izhan sekali gus meletakkan Buriram selesa mendahului 2-1.

 

 

 

Lima minit masa tambahan menyaksikan Robert Zulj hampir menambah derita anak buah Kim Pan-gon, namun video bantuan pengadil (VAR) menafikan jaringan itu. 

Keputusan 2-1 dalam final kedua kekal hingga wisel penamat dan menyaksikan Buriram mempertahankan gelaran juara yang diraihnya dalam edisi lalu.

Untuk rekod, Selangor merupakan wakil pertama negara yang mara sejauh itu dalam Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video