Tonggak Pahang, Ahmad Syamim Yahya, menyifatkan pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darulmakmur, esok, sebagai peluang buat skuad Tok Gajah untuk menyalakan harapan merebut kejuaraan Liga Super musim ini.
Sesi latihan Tok Gajah tergendala ekoran hujan lebat hari ini, namun kehangatan aksi berdepan JDT tetap dirasai tatkala pertemuan itu dijangka bakal menetapkan perjalanan kedua-dua pasukan musim ini.
Pemain tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya, mengakui pertemuan itu penting, apatah lagi dengan misi merapatkan jurang mata.
"Pertemuan yang dijangka agak sengit dengan JDT dikendalikan jurulatih yang baru. Kami akan buat yang terbaik.
"Jika kami menang, jurang mata akan dirapatkan tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku malam esok," kata Syamim.
Selain memburu mata penting, Pahang turut memerlukan suntikan kemenangan selepas menempuh tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.