Pemain serba boleh Selangor, Syahmi Safari, yang mengisi ketiadaan Azamuddin Akil dalam aksi Liga Super malam tadi tidak menjangka mampu memainkan peranan penting untuk membenam Melaka United 4-1 tatkala pengendali Melaka, Eduardo Almeida, mendedahkan gol kedua lawan melunturkan moral pasukannya.
Syahmi beraksi cemerlang di posisi sayap kanan dengan meledak dua gol selain kerap melakukan gerakan yang mengancam benteng lawan.
Bagi pemain skuad B-23 negara itu, dua gol jaringannya berdepan Melaka adalah motivasi penting buatnya, apatah lagi perlawanan malam tadi juga merupakan penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama musim ini.
"Bukan mudah kerana saya baru kembali sihat untuk mengisi kesebelasan utama.
"Dua gol malam ini (tadi) adalah pembakar semangat untuk saya meningkatkan permainan.
"Saya masih muda dan masih banyak yang perlu diperbaiki," katanya.
Sebelum ini, Syahmi turut mengisi posisi pertahanan dan bek sayap, namun aksinya itu membuktikan pemain itu lebih serasi di posisi menyerang buat skuad kendalian P. Maniam.
Dalam masa itu, Almeida akur dengan kekalahan kepada Selangor dan kesilapan penjaga gol, Zamer Selamat, serta benteng pertahanan dalam gol kedua Selangor yang disumbat Syahmi itu melunturkan moral pasukannya.
Almeida kini mahu pasukannya segera bangkit untuk aksi Liga Super berdepan Negeri Sembilan, Ahad ini.
"Kesilapan kecil angkara salah faham di antara pertahanan dan penjaga gol mengubah permainan.
"Selepas keyakinan terjejas, kami tidak cukup bagus untuk bangkit," kata Almeida lagi.