Pemain sayap yang semakin meningkat naik, Syahmi Safari, memandang kepada bintang Perancis, Antoine Griezmann sebagai inspirasi untuk terus menyerlah buat Selangor dan skuad kebangsaan.
Lagak Syahmi dalam meraikan jaringan pertamanya ketika menentang T-Team persis pemain tonggak Atletico Madrid itu.
Tetapi persamaan mereka tidak terhenti di situ dengan Syahmi juga memiliki bakat dalam menggerakkan jentera serangan di samping meledak gol.
"Tiada rahsia apa-apa kerana saya masih muda.
"Tetapi saya perlu pandai menjaga diri dengan memastikan saya mendapat rehat yang cukup. Kalau tidak, ia akan mengganggu permainan saya.
"Dua gol malam ini berpunca daripada gerakan serangan balas sebagai satu pasukan," jelas Syahmi.
Syahmi selepas ini bakal tampil buat skuad bawah 22 tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi kempen Kelayakan AFC Bawah 23 Tahun.
Pemain berusia 19 tahun ini mengharapkan prestasi bersama The Red Giants berupaya diterjemah apabila menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Saya bermain di posisi sama bersama skuad bawah 22 tahun, jadi saya berharap dapat meneruskan momentum sama," tambahnya.
Kredit foto: Laman Facebook Selangor FA