Skip to main content

Bola Sepak

Syafiq sedia dikerah Nidzam

syafiq-ahmad_2.jpg
Pemain tengah Kedah, Syafiq Ahmad, bersedia dengan kerahan tenaga yang dituntut pengendali, Nidzam Adzha Yusof, sebelum melapor diri ke skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan , minggu depan.

Tuntutan Nidzam menjadi pembakar semangat buat Syafiq tampil berkesan dalam setiap perlawanan sebelum khidmatnya ditagih untuk jurulatih skuad negara ke Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee.

Tegasnya, senario itu langsung tidak memberikan tekanan, malah dia yakin dengan keutamaan yang diberikan Nidzam akan lebih mematangkan dirinya termasuk empat pemain lain --  Ifwat Akmal Che Kasim, Ariff Farhan Md Isa, Amirul Hisham Awang Kecik dan Farhan Roslan -- yang mendapat panggilan Kim Swee.

"Jurulatih ada memberitahu bahawa dia akan menggunakan khidmat kami berlima sebaik mungkin sebelum kami menyertai kem latihan skuad bawah 22 tahun," ujar Syafiq.

Merujuk kepada aksi menentang UITM FC kelmarin, Syafiq berpuas hati kerana dapat membantu Kedah mencapai kemenangan selesa.

Syafiq muncul selaku penjaring  pertama pada minit kedua selain turut menjadi penyumbang kepada jaringan Liridon Krasniqi di Stadium UITM, Shah Alam.

"Kami mengawal permainan dalam babak pertama tetapi kami agak tertekan dalam babak kedua selepas UITM FC membuat perubahan taktikal. Kerana itulah beberapa kali mereka berjaya menembusi barisan pertahanan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video