Skip to main content

Bola Sepak

Sweden akhiri kemarau 24 tahun

forsbergsweden.jpg
SWEDEN 1 SWITZERLAND 0

Sweden mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1994 selepas jaringan Emil Forsberg merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland, sebentar tadi.


Pertembungan pertama kedua-dua pasukan dalam kejohanan utama tidak begitu rancak selama 65 minit di St Petersburg sehingan tuah daripada jaringan Forsberg memberikan pendahuluan yang penting buat Sweden.

Rembatan pemain perancang RB Leipzig itu tepat menuju ke arah penjaga gol, Yann Sommer, tetapi pertahanan Switzerland, Manuel Akanji, menghalang rembatan tersebut hingga terbias sebelum memasuki gawang gol.

Forsberg juga bertindak sebagai penyelamat Sweden apabila mengeluarkan bola daripada zon bahaya untuk memastikan mereka mengatasi Switzerland, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain -- pertahanan, Michael Lang, dilayangkan kad merah selepas membentes Martin Olsson yang berpeluang untuk mencipta jaringan.

Pengadil perlawanan, Damir Skomina, pada mulanya menunjukkan isyarat sepakan penalti sebelum ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) memuktamadkan dengan memberikan hanya sepakan percuma sedikit di luar kotak penalti.

Satu-satunya kekecewaan buat Sweden adalah layangan kad kuning buat Mikael Lustig, dengan pertahanan itu bakal terlepas aksi suku akhir berdepan Colombia atau England di Samara, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video