Cabaran yang dilontarkan jurulatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, Sulaiman Hussein, kepada pemainnya menjadi motivasi penting di sebalik kejutan menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 1-0 dalam Liga Perdana di Stadium Selayang, petang tadi.
Sulaiman turut melahirkan kelegaan dengan kemenangan pertama itu selepas pemainnya mempamerkan karakter sebenar sebagai respons daripada dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.
Biarpun di atas kertas lawan mempunyai ramai pemain berstatus bintang, pasukannya berjaya membuktikan bahawa mereka lebih dahagakan kemenangan.
"Saya cabar pemain, kalau benar mereka layak berada dalam Liga Perdana, kamu mesti menang perlawanan ini. Alhamdulillah, hari ini mereka tunjukkan bahawa mereka mahukan kemenangan.
"Saya tidak minta banyak, mereka telah buktikan di dalam padang. Jangan cakap banyak di luar padang tetapi buktikan kaki kamu bercakap di dalam padang.
"Saya bangga dengan pemain-pemain saya. Mereka berusaha keras menentang pasukan berpengalaman seperti JDT II," kata Sulaiman.
Pemain import Korea Selatan, Nam Se-in, muncul wira UKM melalui gol tunggal pada minit ke-67.
Sementara itu, jurulatih lawan, Benjamin Mora, pula bingung dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya.
Dia juga tidak mahu menjadikan faktor kehadiran pemain JDT II yang kerap kali bertukar-ganti sebagai alasan pasukannya kurang keserasian.
"Dalam liga ini, kalau kamu tidak berjuang, jika kamu tidak mahu menang, ini (kalah) boleh berlaku.
"Perlawanan sangat perlahan dan ia tidak baik untuk kedua-dua pasukan, tetapi skuad lawan lebih inginkan kemenangan," katanya.