Pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui cabaran getir menanti skuad bimbingannya dalam acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) walaupun turun selaku juara Piala Presiden.
Tatkala hampir kesemua pasukan membariskan pemain sama, persaingan sengit pasti akan diberi pasukan-pasukan seperti juara bertahan yang juga tuan rumah, Perak, serta lawan di peringkat kumpulan, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Namun, Badrul tetap yakin tekanan yang dirasai Terengganu mampu ditukar kepada aura kemenangan selain meneruskan momentum kejuaraan musim ini.
"Tidak dinafikan tugasan Sukma merupakan tugas paling berat buat kami.
"Pemain-pemain diharap terus berjuang membawa nama negeri, seterusnya membawa pulang ibu segala pingat ke Terengganu," katanya.
Sementara itu, Terengganu terpaksa melupakan khidmat dua tonggak, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Mohd Zulkhairi Mohd, akibat kecederaan sementara hanya penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq, dipanggil daripada skuad Piala Belia.
Satu pertukaran itu menjadi gambaran kepercayaan yang diletakkan Badrul kepada pasukan sang juara itu yang kali terakhir memenangi pingat emas Sukma pada edisi 2010 di Melaka.
Kejayaan itu juga merupakan hatrik selepas Terengganu turut memenangi emas pada 2008 di halaman sendiri dan di Kedah pada 2006.
Diundi dalam Kumpulan B, Terengganu akan memulakan aksi bertemu Johor di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 10 September sebelum membuat perhitungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 September, juga di venue sama.
"Kami berkongsi hasrat yang sama dengan seluruh peminat setia Terengganu, iaitu pulang dengan kejayaan manis," tambah bekas pemain Terengganu itu.