Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Suker: Modric layak menang Ballon d'Or

modric.jpg
Musim hebat yang diharungi Luka Modric di peringkat kelab dan negara memberi makna dia harus memenangi Ballon d'Or, kata  legenda Croatia, Davor Suker.

Ini merupakan kempen yang cemerlang buat Modric, yang berperanan besar dalam membantu Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara (UCL) tiga kali berturut-turut.

Prestasi bersama kelab dilanjutkan untuk negaranya dalam Piala Dunia di Russia yang menyaksikan Modric menjadi salah satu bintang kejohanan serta membimbing pasukannya mara ke separuh akhir pertama sejak 1998.

Menjelang perjuangan menentang England di Moscow awal pagi esok, Presiden Persekutuan Bolasepak Croatia, Suker -- bintang skuad yang mencapai separuh akhir di Perancis, 20 tahun lalu -- berkata Modric berhak diiktiraf atas pencapaiannya untuk memecah monopoli 10 tahun Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dijulang dalam bentuk anugerah individu terbesar bola sepak.

Bercakap kepada ESPN, Suker berkata: "Ketua pasukan saya melakukan pekerjaan yang hebat di bilik persalinan -- dia adalah teladan selain di dalam dan luar padang buat semua pemain muda, bukan sahaja di Croatia. Jika saya boleh mengundi (dalam Ballon d'Or), saya akan pilih Luka."

Ditanya apakah persamaan Modric  dengan edisi 1998, Suker menjawab: "Pertama dan terpenting, kualiti seterusnya persediaan fizikal. Jika pemain tidak berada dalam fizikal yang baik, maka dia tidak akan beraksi dengan baik dalam Piala Dunia."

Pertemuan dengan skuad The Three Lions menjanjikan aksi sengit, namun Suker menegaskan masa depan Croatia cerah tanpa mengira keputusannya nanti. 

"Saya tiada masalah di tempat duduk penyokong kerana saya tahu perbezaan kecil di antara menang dan kalah," katanya.

"Kami mungkin telah disingkirkan Denmark (dalam pusingan 16). Saya boleh meluangkan masa dengan ibu bapa, makan minum dan menonton perlawanan di televisyen.

"Hanya bola sepak yang boleh mendorong masyarakat Croatia pergi makan angin. Bola sepak adalah suci. Kami membina asas untuk rumah kami pada tahun 1998 dan kini kami sedang membina tingkat dua."

Advertisement

Must Watch Video