Skip to main content

Bola Sepak

Suker: England bernasib baik atasi Colombia

england.jpg
Legenda Croatia, Davor Suker, percaya lawan negaranya dalam aksi separuh akhir, England, "bertuah" untuk melepasi pusingan 16 ketika berdepan Colombia dalam saingan Piala Dunia.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu memerlukan penentuan sepakan penalti untuk mengatasi Colombia di Moscow pada 3 Julai lalu sebelum mengatasi Sweden dalam suku akhir.

Suker, yang kini presiden Persekutuan Bolasepak Croatia (HNS), berasakan England bernasib baik untuk menewaskan Colombia.

"Saya menyaksikan perlawanan England bertemu Colombia di Stadium Spartak di Moscow dan menyedari mereka amat bertuah," kata Suker.

"Colombia memiliki dua peluang terhidang untuk menjaringkan gol."

Croatia memerlukan dua penentuan sepakan penalti berdepan Denmark dan Russia untuk mara ke perlawanan separuh akhir berdepan England pada awal pagi Khamis ini.

Suker percaya pertembungan berdepan skuad kendalian Southgate itu menjanjikan aksi yang sengit.

"Ini adalah bola sepak, 11 lawan 11. England pasukan yang kuat dan kami perlu menghormati mereka.

"Southgate telah menjalakan tugas dengan baik tetapi kami telah menilai permainan mereka," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video