Pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah, selesa dengan gelaran 'sukar diramal' yang diraih Kelantan akhir-akhir ini dan menyifatkan ia memberi kelebihan untuk mereka mencorak strategi menjelang aksi bertemu Selangor dalam saingan Liga Super, malam ini.
Tegas Norhafiz, situasi Kelantan ketika ini sememangnya sukar untuk diramal. Namun, daripada segi motivasi, kemenangan ke atas Kedah baru-baru ini memberi gambaran jelas bahawa The Red Warriors mahu mencipta kemenangan bagi menyelamatkan diri dari zon bahaya.
Selain dilabel sebagai pasukan yang sukar diramal, Kelantan juga memiliki keupayaan untuk mengatasi pasukan besar dan contoh terbaru dapat dilihat apabila menumbangkan skuad di tangga kedua Liga Super, Kedah, baru baru ini.
"Saya suka apabila dilabelkan sebegitu, menyebabkan lawan sentiasa menjadi terlalu yakin dan itu memberikan kelebihan kepada kami," kata Norhafiz.
Walaupun selesa dengan gelaran yang diberi, namun Kelantan tetap perlu berhati-hati dengan kelibat Selangor yang masih segar dengan kemenangan ke atas JDT baru baru ini.
"Kami perlu lebih usaha dan komitmen dan bagi saya, insya-Allah kami akan mencuri mata dalam perlawanan malam ini," tambahnya.