Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: Tiga pemain baru sedia galas cabaran di China

ong-kim-swee-030617.jpg
Pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, berpuas hati dengan tahap kecergasan tiga pemain yang baru menyertai skuad itu semalam, iaitu Irfan Zakaria, Sean Eugen Selvaraj dan L. Kalaiharasan. 

Bagi Kim Swee, tiga pemain itu memberikan komitmen terbaik apabila dipanggil menguatkan barisan negara. 

Tahap kecergasan mereka juga setaraf pemain sedia ada dalam pasukan. 

Kim Swee turut berpuas hati dengan kecergasan pemain-pemain lain dalam pasukan dan yakin mereka bersedia untuk siri aksi persahabatan di China dari 8 hingga 15 Jun ini. 

"Tidak banyak perubahan kerana ini merupakan hari kedua mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan dan ujian-ujian semalam. 

"Itu bukan satu masalah kepada pemain-pemain," katanya. 

Fokus Kim Swee adalah untuk memastikan pemain berada di tahap terbaik dalam saingan Kelayakan AFC B-23 dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur pada Julai dan Ogos depan. 

"Apa yang penting, kami harus mempunyai program yang cukup rapi. 

"Yang mustahak, kedua-duanya merupakan kejohanan penting. 

"Kami berharap layak ke peringkat Piala AFC dan juga menjadi juara dalam Sukan SEA. 

"Kedua-duanya harus seimbang."

Advertisement

Must Watch Video