Penyerang Harimau Muda, Haqimi Azim Rosli, menjadikan tugasan terakhir bersama skuad B-23 negara sebagai pemangkin semangat untuk merintis ranjau berliku dalam temasya Sukan SEA Thailand Disember ini.
Ini apabila skuad muda negara diundi bersama pasukan handalan Vietnam yang juga pemenang pingat gangsa edisi lalu selain Laos yang akan menjadi 'pengacau' dalam saingan Kumpulan B.
Haqimi yang juga penyerang Kuala Lumpur City mengakui temasya dwitahunan itu adalah peluang terakhir buat skuad muda negara menebus kekecewaan untuk dua tugasan sebelum ini.
Ia membabitkan ketika kempen Piala ASEAN B-23 di Jakarta Julai lalu dan Kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok September lalu yang berakhir dengan kegagalan buat skuad muda negara.
"Ada satu lagi untuk kami buktikan yang kami boleh lakukan tugasan ini, untuk tahun terakhir saya jadi kami akan lakukan yang terbaik dan lupakan kegagalan sebelum ini.
Haqimi turut mengakui kegagalan dalam dua tugasan sebelum ini memberikan pengajaran berguna buat semua pemain mempamerkan aksi lebih berkualiti untuk mengintai peluang ke separuh akhir di temasya itu nanti.
Untuk rekod, hanya juara setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik akan layak ke peringkat kalah mati dengan Malaysia terkandas awal ketika temasya di Kemboja dalam dua edisi lalu.
"Dalam dua kejohanan edisi lalu kami dapat belajar banyak perkara daripada jurulatih, kami lakukan terbaik tetapi ada kesilapan kecil.
"Kami sudah tidak mahu ingat.
"Cabaran paling kuat adalah Vietnam dalam peringkat kumpulan, mereka layak ke Piala Asia dan juara AFF tahun ini.
"Kami perlu lakukan persediaan, fizikal dan mental untuk hadapi Vietnam." katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang