Pemain tengah skuad B-22 negara, Syamer Kutty Abba, mengakui sedia mengutamakan tugasan bersama pasukan negara daripada Pulau Pinang demi beraksi dalam kempen Kelayakan AFC B-23 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Syamer sebelum ini mengalami kecederaan betis, namun mengakui sudah pulih sepenuhnya.
Oleh itu, Syamer mahu memberi fokus buat barisan B-22 negara biarpun Pulau Pinang selaku majikannya memerlukan khidmatnya dalam baki saingan Liga Super.
"Yang lebih utama adalah pasukan kebangsaan.
"Memang Pulau Pinang adalah majikan saya tetapi ini adalah impian saya dan saya akan meneruskannya.
"Sebagai pemain, saya wajib menyasarkan pingat emas dalam Sukan SEA.
"Oleh itu, sudah tentu saya akan memberikan komitmen 100 peratus andai terpilih bersama skuad B-22 negara," katanya.
Syamer sebelum ini banyak beraksi selaku pemain sayap dan penyerang.
Namun, dia mengakui kini semakin serasi bertindak sebagai perancang pasukan.
"Tahun ini, saya lebih banyak beraksi sebagai pemain tengah, saya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai posisi."