Pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Syahmi Safari, menganggap masalah yang melanda pasukan itu tidak merentap semangatnya dan rakan sepasukan dalam menghadapi kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Skuad B-22 dihimpit isu pelepasan pemain kurang dua minggu menjelang kelayakan AFC di Bangkok, bermula 19 Julai ini.
Walaupun bukan perkara baru, masalah kali ini lebih parah apabila hanya enam daripada 26 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat, melaporkan diri pada hari pertama kelmarin.
Semalam, empat daripada enam pemain itu -- Daniel Amier Norhisham, Irfan Zakaria, Amierul Hakimi Awang dan Adam Nor Azlin -- dilepaskan semula ke pasukan negeri atau kelab masing-masing.
Baki dua pemain, Syahmi dan Kharil Anuar Zamri, terus kekal bersama pasukan bagi menjalani proses pemulihan kecederaan.
"Daripada dulu lagi masalah ini berlaku, mungkin setiap pasukan ada masalah masing-masing. Tetapi kami akan terus tunggu sehingga mereka menyertai kem latihan," ujar Syahmi.
Syahmi, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki, memerlukan masa seminggu untuk pulih sepenuhnya manakala Khairil Anuar sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut medial collateral ligament (MCL).
"Kecederaan saya sudah memasuki minggu kelima. Saya menanti sehingga minggu keenam supaya saya dapat menyertai sesi latihan kecergasan," kata Khairil.