Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: Skuad bola sepak wanita dapat suntikan positif

bola-sepak-wanita-150717.jpg
Pengendali skuad bola sepak wanita negara, Asyraaf Abdullah, memiliki pendekatan tersendiri dalam meningkatkan keyakinan pemain negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.

Bagi Asyraaf, dia sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak bermain secara negatif dan lebih menerapkan aspek menyerang dalam percaturan taktikalnya.

Saingan bola sepak wanita akan hanya melibatkan lima negara, dengan Thailand -- yang beraksi dalam Piala Dunia Wanita di Kanada dua tahun lalu -- bakal turun sebagai pilihan utama.

Bagaimanapun, Asyraaf optimis barisan negara akan bersedia berdepan setiap pencabar pada hari pertandingan dalam memastikan sasaran meraih pingat mampu dilaksanakan.

"Saya memberi mereka keyakinan dengan menyuntik minda positif. Maksudnya dengan taktikal berani menyerang dan berani bertahan.

"Apa sahaja  taktikal yang diguna pakai, penting untuk pemain mempamerkan keyakinan," jelasnya. 

Dalam pada itu, pengurus skuad negara ke Sukan SEA, Datuk Suraya Yaacob, optimis sasaran meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa mampu dilakukan.

Harapan Suraya adalah untuk peminat tempatan memberikan sokongan sepanjang temasya.

"Pemain kita perlukan sokongan daripada penyokong-penyokong, barulah mereka lebih bersemangat untuk beraksi dalam Sukan SEA nanti," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video