Pengurus skuad Bawag 22 tahun (B-22) negara, Datuk Wira Yusuf Mahadi, akan mengadakan pertemuan dengan pengendali skuad itu, Datuk Ong Kim Swee, esok, bagi menentukan barisan kejurulatihan serta persiapan akhir menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Tenaga kejurulatihan skuad B-22 dijangka menjadi antara perkara utama yang akan dibincangkan Yusuf bersama Kim Swee.
Ia selepas dua jurulatih di bawah Kim Swee ketika mengendalikan skuad senior, Hassan Sazali Waras, serta jurulatih kecergasan, Ruben Jude, ditamatkan khidmat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.
"Saya belum boleh sentuh perkara ini kerana masih belum mendapat maklumat penuh mengenai pasukan B-22.
"Perancangan yang akan disusunkan termasuk kejurulatihan akan dibincangkan esok, demi kebaikan pasukan B-22," katanya.
Dalam pada itu, Yusof percaya skuad negara mempunyai barisan seimbang untuk memberikan cabaran sengit dalam Sukan SEA.
Yusof meletakkan sasaran mara ke perlawanan akhir temasya dwi-tahunan itu.
"Saya tidak menafikan skuad B-22 berdepan tugas berat kerana perlu memenangi pingat emas.
"Jadi saya telah menetapkan sasaran awal, iaitu kami mesti mara ke perlawanan akhir."