Skuad ping pong negara mempertaruhkan pengalaman sebagai sandaran untuk menghadapi Sukan SEA 2017 dalam misi mencipta keajaiban.
Perancangan ketua jurulatih negara, Beh Lee Wei, pada waktu ini menyaksikan dia berhasrat mengekalkan skuad sama seperti Sukan SEA Singapura 2015.
Ini bermakna Shakirin Ibrahim dan Ashraf Haikal Rizal sudah pasti mengetuai skuad lelaki.
Sementara itu, pemain veteran, Ng Sock Khim, akan terus disokong bakat elit, Lee Roo You dan Ho Ying, dalam skuad wanita.
Sukan SEA Singapura menyaksikan skuad wanita cemerlang meraih pingat perak acara perseorangan wanita menerusi Sock Khim dan tiga gangsa menerusi beregu dan berpasukan.
"Kalau nak sasarkan pingat emas memang susah kerana Singapura adalah kuasa besar sukan ini.
"Tapi kami ada harapan besar untuk memberi saingan untuk merebut perak dan gangsa.
"Saya harap pemain seperti Sock Khim mampu membuat kejutan. Saya menaruh harapan dalam acara berpasukan, baik lelaki mahupun wanita," katanya.
Sasaran sama dikekalkan buat skuad wanita dengan Lee Wei mengharapkan skuad lelaki untuk bangkit di Kuala Lumpur.
Kem latihan di China juga sudah dirancang dalam usaha untuk pemain negara tidak tenggelam di bawah tekanan beraksi di laman sendiri.
"Bagi saya, temasya Sukan SEA adalah berbeza dengan Kejohanan Dunia.
"Ini kerana kami meletakkan sasaran pingat di dalam Sukan SEA, itu satu tekanan buat kami.
"Saya harap sokongan penyokong di tempat sendiri akan membantu atlet kita."