Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: Negeri atau negara? -- Kim Swee

ong-kim-swee-170617.jpg
Pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui terdapat beberapa pasukan kelab dan negeri yang memohon pelepasan pemain pada bulan depan walaupun barisan muda negara bakal beraksi dalam kelayakan Piala AFC dan Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan. 

Kim Swee yang baru sahaja pulang ke tanah air bersama skuad B-22 negara daripada siri aksi persahabatan di China, kini menyerahkan soal itu kepada pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memutuskan sama ada memberi pelepasan pemain atau tidak. 

Situasi itu jelas memberi cabaran buat Kim Swee seandainya FAM akur dengan permintaan pasukan asal pemain dan kelab untuk menggunakan kelibat pemain mereka dalam saingan Liga Super. 

Kelayakan AFC B-23 bakal berlangsung di Bangkok dari 19 hingga 23 Julai depan tatkala Sukan SEA pula akan berlangsung pada bulan berikutnya. 

"Ini terpulang kepada pihak pengurusan. 

"Saya memahami kelab mahukan pemain mereka dan inginkan yang terbaik.

"Apa yang kita perlu lakukan, negeri atau negara?" katanya.

Dalam masa sama, Kim Swee menggugurkan dua pemain yang dibawa ke China, Ali Imran Alimi dan L. Kalaiharasan serta memanggil semula beberapa pemain yang cedera sebelum ini untuk melengkapkan senarai 24 pemain. 

"Ahmad Khairil Anuar, Danial Ashraf Abdullah dan Raphi Azizan Mariappen akan dipanggil semula manakala keadaan Arif Farhan Md Isa akan dinilai selepas dilaporkan tidak menghadiri sesi pemulihan.

"Ini sesuatu yang serius. 

"Saya harap dia mempunyai alasan yang kukuh sebelum apa-apa tindakan diambil."
 

Advertisement

Must Watch Video