Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui sudah mempunyai 15 pemain untuk skuad utama ke Kelayakan AFC B-23 di Bangkok, bulan depan, selepas sesi pemilihan dalam tiga aksi persahabatan di China, baru-baru ini.
Skuad negara mengharungi tiga perlawanan persahabatan dalam kunjungan di China, minggu lalu.
Ia menyaksikan kombinasi berbeza diuji Kim Swee sejak perlawanan pertama menentang skuad B-22 China.
Namun, Kim Swee tampak sudah mempunyai kesebelasan terbaiknya berdasarkan barisan pemain ketika bertemu Guangzhou Evergrande FC dalam aksi terakhir.
Kim Swee ketika diminta mengulas perkara itu berkata: "Saya perlu lihat dalam beberapa perlawanan akan datang mengenai pemain yang sesuai untuk mengisi posisi-posisi tertentu.
"Saya boleh katakan 15 pemain sudah berada dalam (perancangan) skuad utama, selebihnya akan ditentukan selepas perlawanan menentang Melaka (United)."
Semalam, skuad B-22 negara kembali menjalani latihan selepas diberi rehat sehari sejurus pulang ke tanah air, Jumaat lalu.
Turut menyertai latihan itu ialah pemain yang disisihkan ekoran kecederaan sebelum ini, antaranya Ariff Farhan Md Isa, Khairul Anuar Zambri dan Danial Ashraf Abdullah.
"Laporan yang saya terima daripada doktor, mereka sudah pulih sepenuhnya.
"Saya mengambil jalan terbaik untuk tidak terburu-buru menurunkan mereka.
"Mereka telah pun berlatih bersama pasukan utama."