Penganjuran Hari Komuniti Bola Sepak malam tadi secara tidak langsung dapat menyaksikan sejauh mana kemampuan Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjalani transformasi sebagai persediaan menjadi gelanggang utama Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos ini.
Buat julung kali, Stadium Nasional dibuka kepada umum dengan enam pasukan kelab amatur diberi peluang menguji permukaan padang baru di gelanggang berkenaan.
Selain itu, beberapa aspek juga dapat diteliti, khususnya pencahayaan, sistem pembesar suara, paparan skrin digital dan juga kemudahan lain seperti bilik persalinan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, melaungkan keyakinan segala kekurangan yang dapat dikesan mampu diatasi sebelum stadium itu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Julai depan.
"Kami akan mengambil kira maklum balas aksi malam ini (semalam) supaya dalam kejohanan lebih besar nanti seperti Sukan SEA atau Piala Malaysia mahupun perlawanan bola sepak melibatkan pasukan kebangsaan, stadium ini sudah bersiap sedia," katanya.
Dalam masa yang sama, Khairy menganggap ini peluang yang jarang diperoleh apabila enam kelab amatur yang dipilihnya diberi kesempatan beraksi di gelanggang berkenaan.
Terdahulu, pada sebelah petang, peserta-peserta Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) juga dapat mengharungi pengalaman beraksi di Stadium Nasional.
"Kita membuka Stadium Nasional kepada kelab-kelab amatur, pemain remaja dan kanak-kanak daripada NFDP kerana kami mahu merakyatkan Stadium Nasional.
"Oleh itu, dari semasa ke semasa kami akan buka stadium ini (kepada orang ramai)."