Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui sukar menamakan barisan 22 pemain dalam kunjungan ke China, Khamis ini, apabila wujud persaingan sengit dalam kalangan pemain untuk merebut tempat dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Skuad B-22 negara sudah seminggu menjalani latihan di bawah bimbingan Kim Swee dengan membabitkan 26 pemain.
Justeru, Kim Swee perlu menggugurkan empat pemain sebelum menghadapi tiga perlawanan persahabatan di China.
Begitupun, ia jelas bukan satu tugas mudah buat pengendali itu susulan kesemua anak buahnya menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi sejak latihan hari pertama lagi.
"Ini tugas sukar buat saya. Tetapi, ini bukan bermakna pintu akan tertutup buat pemain yang tidak terpilih.
"Pemain yang terpilih ke China harus membuktikan kemampuan mereka. Jika tidak, pemain lain yang akan dipanggil," ujarnya.
Pasukan yang dikenali sebagai Skuad Projek Sukan SEA 2017 itu akan bertemu Felda United, malam ini, sebagai aksi ujian sebelum berlepas ke China, dua hari kemudian.
Perlawanan itu sememangnya menjadi medan terbaik buat Kim Swee menguji kemampuan semua pemain dengan posisi penjaga gol tampak paling sengit dalam pemilihan kali ini.
"Pemain-pemain yang digugurkan akan menyertai semula latihan sebaik kami kembali dari China.
"Seramai 22 pemain yang terpilih ke China perlu membuktikan prestasi mereka sebelum saya mengumumkan skuad Sukan SEA selepas Hari Raya nanti."