Jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee, melahirkan kebimbangan terhadap kuota tiga pemain lebih umur dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos nanti yang tiada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain Liga Malaysia (Liga M) turut berjalan seperti biasa.
Kelebihan kuota tiga pemain senior sepatutnya menyumbang kelebihan buat setiap pasukan, namun situasi yang dihadapi Kim Swee berbeza.
Kebimbangan utama sudah pasti adakah tiga pemain senior terbaik negara bakal dilepaskan majikan masing-masing.
Liga masih berjalan seperti biasa ketika Sukan Asia, ditambah pula Sukan Asia bukan di bawah kalendar FIFA yang membuatkan Kim Swee buntu sama ada dia mampu mendapatkan tiga pemain berpengalaman terbaik negara atau sebaliknya.
"Ketika Sukan Asia, Liga Malaysia masih berlangsung. Ini pasti akan menyukarkan kami untuk memanggil pemain-pemain terbaik.
"Jika saya mahu memanggil pemain lebih umur, tentunya saya mahukan yang terbaik.
"Perkara ini bergantung kepada perbincangan saya dengan pihak pengurusan dan kelab-kelab tertentu," katanya.
Kelibat tiga pemain senior negara amat diperlukan skuad B-23, namun Kim Swee tidak menolak kemungkinan terpaksa melupakan slot itu.
"Jika kami tidak memiliki semua pemain terbaik dan hanya pemain yang dibenarkan, ia tentu menyukarkan usaha kami untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi, terpulang kepada situasi.
"Bagi saya, saya mahu pemain-pemain yang terbaik, terutama mereka yang pernah beraksi dalam Kejohanan AFC (di China) yang lepas, termasuk tiga pemain yang melebihi umur.
"Saya percaya ia mampu membawa banyak perubahan dan mampu membantu melepasi peringkat kumpulan," ujarnya lagi.