Tonggak Harimau Malaya, Mahali Jasuli, suka dalam duka apabila jaringan keduanya di pentas antarabangsa semalam gagal membantu skuad negara meraih keputusan positif dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019.
Kelibat Mahali dalam kesebelasan utama pada mulanya menimbulkan keraguan sesetegah pihak, termasuk segelintir peminat.
Ini susulan kegagalannya mendapat tempat dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak kebekalangan ini.
Begitupun, dia membalas kepercayaan yang diberikan pengendalinya, Nelo Vingada, dengan menghasilkan satu gol pada babak pertama.
Tetapi, dia dinafikan sebagai wira apabila Lubnan bangkit meraih dua gol pada lewat permainan, sekali gus menyaksikan skuad negara tunduk 1-2.
"Saya agak kecewa walaupun berjaya menghasilkan gol. Kami telah memberikan yang terbaik, namun gagal meraih kemenangan. Kami akan terus berusaha dalam perlawanan akan datang," kata Mahali.
Kekecewaan turut dirasai penjaga gol negara, Khairul Azhan Khalid.
Meskipun melakukan beberapa kesilapan ketika melakukan sepakan gol, Azhan wajar diberi pujian menerusi ketangkasannya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Lubnan.
"Kalah tetap kalah, tetapi kami telah cuba memberikan yang terbaik. Kami akan terus bekerja keras bagi memastikan meraih kemenangan dalam perlawanan akan datang," jelas Khairul Azhan.
Malaysia kini di tangga tercorot Kumpulan B manakala keputusan seri 1-1 di antara Korea Utara dan Hong Kong meletakkan mereka di tangga kedua dan ketiga.
Lubnan kini memimpin kumpulan dengan enam mata.
Perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2019 buat skuad negara adalah pada 5 September depan menentang Hong Kong dengan perlawanan itu juga dijadual berlangsung di Stadium Larkin.
Kredit imej: FB Football Association of Malaysia (Official)