Bekas jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee, berkongsikan sudah tiba waktunya untuk mengambalikan semula program Harimau Muda susulan platform yang terhad dimiliki pemain muda dalam menyerlahkan bakat mereka dan berkembang.
Jurulatih Persik Solo pernah mengendalikan skuad muda negara daripada 2009, dengan pencapaian terbaiknya adalah Ketika muncul naib juara Kumpulan C, Piala Asia B-23 2028 selain melangkah ke suku akhir.
"Ketika era Harimau Muda, pemain-pemain muda kita jauh lebih kompetitif. Sekarang satu-satunya platform mereka hanya Liga Super.
"Malah, dalam saingan Piala MFL Challenge Cup musim lalu, berapa banyak pemain muda yang menyerlah?
"Jangan meremehkan Filipina, Myanmar, Kamboja, atau Laos. Lihat saja dalam beberapa tahun terakhir, berapa kali kita kalah kepada Filipina?
"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kita harus bertanya: bagaimana negara-negara ini berkembang begitu cepat? Sudah tiba masanya kita fikirkan semula untuk tubuhkan Harimau Muda" katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Dalam pada itu, Kim Swee turut memuji usaha juara 11 kali Liga Super Malaysia berturut-turut iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mempunyai struktur terbaik dalam pembangunan mutu ubi muda.
"JDT punyai struktur yang tepat, Selangor juga sedang berusaha. Tapi, yang lainnya bagaimana?
"Kita sudah kalah dari Filipina. Jangan heran jika suatu hari nanti Kamboja, Laos, bahkan Brunei pun boleh kalahkan kita." katanya kepada media tempatan." tambahnya.
Untuk rekod, skuad muda negara terkandas di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Mandiri ASEAN B-23 2025 apabila menamatkan cabaran dengan satu kemenangan, satu kali seri dan satu kali tewas.