UCL
Suasana di Anfield pemangkin Liverpool
Alex Oxlade-Chamberlain dan Jordan Henderson memuji penyokong Liverpool selepas memberikan inspirasi di atas kemenangan 3-0 ke atas Manchester City.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu merupakan pilihan untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas cemerlang di Anfield dalam aksi suku akhir pertama berdepan The Citizens.
Liverpool meledak tiga gol dalam separuh masa pertama sebelum bertahan dalam babak kedua perlawanan, yang memberi keselesaan menjelang aksi timbal balik di Manchester.
Iklan
Oxlade-Chamberlain, yang menjadikan kedudukan 2-0 dengan sepakan dari luar kotak penalti, mengakui penyokong telah memberikan inspirasi kepada pemain-pemain.
"Ia merupakan permulaan yang baik buat kami -- mendahului perlawanan 3-0 sebelum tamat separuh masa memberikan kelebihan kepada kami," katanya.
"Kami menyedari perlu bermula agresif dan berjaya melakukannya.
"Sorakan penyokong telah melonjakkan kami untuk mempamerkan aksi cemerlang. Kami telah memenangi perlawanan ini pada babak pertama sebelum bertahan memastikan City gagal meraih gol di tempat lawan," tambahnya.
Kapten pasukan, Henderson, mengakui pemain-pemain meraih semangat untuk mencipta kemenangan sebelum perlawanan bermula.
Bas City mengalami kerosakan selepas objek yang dilemparkan ketika tiba di Anfield, insiden yang menyaksikan Liverpool memohon maaf dan mencemarkan perlawanan ini.
"Suasana di stadium sangat mantap dan kami menggunakannya sebagai kelebihan kami," kata Henderson.
"Kami akan cuba mengulangi perkara yang sama dalam aksi timbal balik."
Bagaimanapun, Henderson akan terlepas aksi di Stadium Etihad selepas dilayangkan kad kuning pada penghujung permainan.
"Saya berasakan mampu memenangi bola tersebut, tidak menyangka Raheem Sterling mampu memintas saya.
"Kad kuning ini menyaksikan saya akan terlepas aksi seterusnya. Tetapi kami memiliki skuad yang berkualiti dan yakin mereka akan mempamerkan aksi cemerlang."
Must-Watch Video