Luis Suarez mengakui Uruguay berdepan penantian yang mencemaskan sama ada Edinson Cavani akan dapat diturunkan berdepan Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia walaupun yakin pasukan mampu beraksi tanpanya.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengalami kecederaan hamstring ketika melakar kemenangan 2-1 ke atas Portugal dan satu-satunya pemain yang tidak terlibat dalam sesi latihan pasukan di Nizhny Novgorod.
Suarez turut mengalami kecederaan dalam sesi latihan tersebut tetapi tidak menunjukkan sebarang masalah ketika berhadapan dengan pihak media.
Apabila ditanya mengenai Cavani, Suarez tidak pasti sama ada dia akan berganding dengan penyerang itu ketika bertemu skuad kendalian Didier Deschamps itu.
"Saya bersama-sama dengan tiga juta rakyat Uruguay masih menunggu Cavani," kata Suarez.
"Saya tahu ia adalah sesuatu yang rumit kerana kecederaan yang dialami tidak boleh pulih dalam tempoh yang singkat tetapi saya tahu keinginan, sikap serta komitmen yang diberikan boleh Cavani meningkatkan semangat pasukan tetapi kami tidak boleh terlalu bergantung kepadanya."
Cavani menjaringkan kedua-dua gol ketika mengatasi Portugal, serta menjaringkan 10 gol dalam 15 penampilan dalam saingan kelayakan Uruguay untuk beraksi di Russia.