BARCELONA 3 ATHLETIC BILBAO 1 (AGG 4-3)
Luis Suarez menghamburkan pujian terhadap Lionel Messi dengan menganggapnya sebagai pemain terbaik dunia apabila rakan sepasukannya itu bangkit untuk mengatasi Athletic Bilbao dalam saingan Copa del Rey untuk juara bertahan itu mara ke pusingan 16 dengan agregat 4-3.
Selepas tumpas 2-1 dalam perlawanan pertama di San Mames minggu lalu, Suarez meletakkan Barcelona di hadapan menerusi jaringannya yang ke-100 bersama kelab itu.
Ia juga merupakan gol ke-300 yang dihasilkan trio yang diberi jolokan MSN (Messi, Suarez dan Neymar) itu sejak digandingkan pada 2014 dan Neymar turut menyumbang dengan memenangi dan menyempurnakan sepakan penalti pada awal babak kedua.
Pemain Athletic kelahiran Barcelona, Enric Saborit, mengikat kedudukan secara agregat menerusi tandukan pada minit ke-51, namun Messi tampil 12 minit kemudian untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dengan menghantar bola ke penjuru kanan gawang.
Aksi memukau Messi itu mendapat sanjungan Suarez yang melahirkan pendapat berbeza mengenai siapa pemain terbaik dunia ketika ini selepas Cristiano Ronaldo ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 beberapa hari lalu.
"Dia memiliki sesuatu," kata Suarez kepada wartawan sejurus tamat perlawanan.
"Dia pemain terbaik dunia dan membuktikannya menerusi setiap perlawanan.
"Dia sentiasa memberi kejutan kepada kami dengan sesuatu yang menarik."
Kemampuan Messi dalam melaksanakan sepakan percuma pada 2017 bukan lagi rahsia selepas dia turut menggunakan kesempatan dalam situasi bola mati dalam perlawanan pertama menentang Athletic dan di Villareal ketika seri 1-1 untuk aksi LaLiga.
Dengan Barcelona tercicir lima mata dalam pemburuan mahkota LaLiga, Suarez mengakui adalah lebih baik mereka berada di landasan tepat untuk memburu kejuaraan Piala Copa del Rey buat kali ketiga berturut-turut.
"Kemenangan itu banyak mengubah kami," katanya. "Itulah yang kami mahukan dan perlukan.
"Kami memastikan kami terus berusaha dan hasilnya akan menyusul nanti."
Suarez yang mencapai angka tiga untuk koleksi gol dalam penampilan ke-120 bersama Barcelona menambah: "Apa yang penting jaringan saya membantu kami mara dalam saingan Copa, itulah yang kami mahukan."