Luis Suarez percaya Barcelona tidak meraih pujian yang sepatutnya diterima dalam saingan LaLiga susulan disingkirkan daripada aksi Liga Juara-Juara Eropah oleh AS Roma.
Skuad Catalan itu mencipta rekod baru dalam LaLiga selepas melalui 39 perlawanan tanpa kalah susulan kejayaan menundukkan Valencia 2-1 di laman sendiri sambil memegang perbezaan 14 mata di puncak liga dengan skuad tangga kedua, Atletico Madrid.
Kemenangan itu juga menjadi tonik semangat buat Barca selepas berdepan kritikan akibat aksi buruk dalam Liga Juara-Juara, tewas 3-0 di Stadium Olimpico untuk melepaskan pendahuluan 4-1 dalam pertemuan sebelum ini, sekali gus tersingkir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Suarez membuka tirai jaringan di Camp Nou sebelum Samuel Umtiti menanduk gol yang menjadi pemisah dengan Valencia dan penyerang Uruguay itu menyifatkan reaksi daripada sesetengah peminat dan media membuatkan kejuaraan liga tampak seperti bukan lagi satu perkara yang menarik.
“Statistik di situ untuk dipecahkan. Kami tahu peminat-peminat pasti marah tetapi kami juga kecewa. Kejuaraan liga seperti bukan lagi sesuatu yang penting,” katanya.
“Kami cuba mendapatkan kempen liga yang terhebat selepas dikejutkan Roma. Kami mampu meraih tiga mata dan itu yang paling penting.
“Cuma satu langkah lagi untuk melengkapkan objektif itu. Ia adalah pendahuluan yang hebat dan kami perlu memikirkan tentang aksi pada Selasa menentang Celta Vigo.
“Situasi paling penting adalah ketika mendahului 1-0, kami tahu keadaan kami tidak begitu baik dan menyaksikan bagaimana ia disempurnakan.”