Luis Suarez mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama Uruguay sementara gandingannya, Edinson Cavani, tidak mengambil bahagian.
Bintang Barcelona, Suarez, mengalami kecederaan di kaki kanannya ketika sesi latihan yang berpusat di Nizhny Novgorod.
Suarez meneruskan sesi latihan tetapi insiden tersebut menimbulkan tanda tanya buat ketua jurulatih, Oscar Tabarez, yang bakal menghadapi cabaran Perancis dalam suku akhir pada Jumaat ini.
Cavani mengalami kecederaan hamstring ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Portugal dan dia telahpun menjalani proses pemulihan tetapi penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak kelihatan bersama pasukan.
Imbasan yang telah dilakukan semalam menunjukkan Cavani tidak mengalami kecederaan serius tetapi peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama berdepan Perancis di Stadium Nizhny Novgorod mendatangkan keraguan buat penyokong Uruguay.