Skip to main content

Bola Sepak

Steinebrunner tak kisah hilang suara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steinebrunner10218.jpg
Jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Peter Steinebrunner, tidak kisah kehilangan suara asalkan tindakan melaung arahan selain memberi motivasi dari luar padang mampu menyumbang kejayaan buat pasukannya.

Dengan Negeri Sembilan mengatasi Kuala Lumpur 2-0 dalam Liga Super di Paroi minggu lalu, Steinebrunner kehilangan suara selepas babak kedua, dan dia melabelkan ia adalah yang terburuk sejak 10 tahun bergelar jurulatih.

Jurulatih kelahiran Jerman itu tidak kisah jika perlu melakukan hal yang sama menjelang aksi ketiga bertemu Melaka esok asalkan kunjungan skuad Jang ke Bandaraya Bersejarah itu tidak pulang dengan tangan kosong.

"Untuk pemain, saya akan berada di sana, berada di luar padang dan cuba memberikan semangat kepada pemain.

"Ini (hilang suara) bukan satu perkara luar biasa kerana ia sering berlaku kepada saya," katanya.

Ketibaan skuad itu membawa harapan besar untuk memastikan kejayaan meraih tiga mata penuh dapat diulangi di Stadium Hang Jebat.

Advertisement

Must Watch Video