Isu dalaman membabitkan tunggakan gaji pemain yang sudah berlarutan di antara tiga ke empat bulan menjadi punca kemerosotan mendadak prestasi PDRM yang gagal memberi sebarang saingan di pentas Piala Malaysia.
Sekadar satu mata dan 25 kali gawang dibolosi, PDRM menamatkan saingan Kumpulan B, Piala Malaysia dengan suasana penuh hiba selepas dibelasah 5-0 oleh PKNS semalam.
Sudah melakukan yang terdaya, pemangku ketua jurulatih, Fauzi Pilus, mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk merencanakan strategi ketika moral pemainnya berada di tahap terendah.
Selain itu, PDRM difahamkan mungkin menggunakan kekuatan anggota polis 100 peratus pada musim depan ekoran kekangan kewangan.
"Motivasi penting kepada para pemain. (Kewangan) adalah motivasi terbesar walaupun saya tidak bercakap mengenainya secara berterus-terang.
"Ia sinonim dengan bola sepak Malaysia walaupun kedengarannya tidak berapa menarik tetapi prestasi pemain merudum disebabkan masalah dalaman yang belum diselesaikan.
"Tetapi, saya bangga dengan pemain kerana masih bersikap positif mahu mencuba dan menjadikan Piala Malaysia sebagai platform (untuk menunjukkan kemampuan)," ujar Fauzi.
PKNS pula yang muncul juara Kumpulan B tidak mahu mendabik dada sekalipun dilihat bakal menjadi pilihan ketika bertemu Perak dalam suku akhir.
Menurut jurulatih, Datuk K. Rajagobal, rekod pertemuan sebelum ini tidak boleh dijadikan asas dan The Bos Gaurus sudah tentu mahu membalas dendam terhadap tiga kekalahan sebelum ini.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sengit, kami perlu tingkatkan tahap permainan serta disiplin taktikal.
"Kami melakukan yang lebih baik berbanding perlawanan terdahulu," ujar Rajagobal.
Bruno Matos muncul wira Semut Merah selepas meledak hatrik dan dua lagi gol masing-masing disumbangkan Jafri Firdaus Chew dan Faizat Ghazli.