BOLA SEPAK MSIA
Status bukan profesional pemain Oman bukan jaminan mudah, Harimau Malaya tidak akan bertahan -- Kim Pan-gon
Status bukan profesional rata-rata pemain Oman bukan satu jaminan untuk Harimau Malaya mudah melakukan kebangkitan dalam pertemuan kedua-dua pasukan itu bagi pusingan kelayakan Piala Dunia2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, mengakui anak buahnya tetap akan berdepan ranjau berliku menentang The Red Warriors tetapi menegaskan mereka tidak lagi akan bertahan dalam pertemuan kali ini.
Oman, di ranking ke-80 dunia, di label sebagai antara pasukan handalan Asia tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pasukan itu sebenarnya dibarisi oleh rata-ratanya penjawat awam, terutama tentera dan polis.
Iklan
"Oman sememangnya pasukan yang bagus dan lebih baik daripada kami," kata Pan-gon dalam sidang media seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Sudah pasti mereka lawan yang amat susah malam esok. Mereka sedang memburu kedudukan teratas dalam kumpulan, jadi mereka pasti akan menyukarkan kami.
"Apa yang penting adalah kami akan beraksi di laman sendiri, jadi kami akan memberikan aksi terbaik kerana kami juga mahu berjuang.
"Harap-harap esok kami dapat memberikan anda satu perlawanan yang amat menarik. Kami tidak akan bertahan," katanya.
Must-Watch Video