LIGA INGGERIS
Stam lanjutkan kontrak bersama Reading
Jaap Stam menandatangani kontrak baru dengan Reading, sekaligus mengekalkannya di kelab yang bersaing dalam Liga Kejuaraan itu sehingga 2019.
Pengurus berbangsa Belanda itu membantu Royals beraksi dalam play-off musim lalu sebelum tewas kepada Huddersfield Town dalam penentuan sepakan penalti.
Stam dikaitkan ke West Ham pada Mac lalu -- isyarat bahawa reputasi bekas pertahanan kental Manchester United itu semakin meningkat sebagai jurulatih.
Iklan
Oleh itu, ketua eksekutif kelab, Nigel Howe, gembira kerana berjaya melanjutkan khidmat pengurus itu selama dua tahun lagi selain mengekalkan khidmat barisan jurulatih, Andries Ulderink dan Said Bakkati.
"Perjanjian baru Jaap, Andries dan Said amat mustahak buat kelab ini dan jelas sekali Reading adalah tempat terbaik untuk mereka ketika ini," kata Howe.
"Kami juga merupakan kelab yang bercita-cita besar dan komitmennya itu membantu kami untuk meneruskan kejayaan sejak tahun lalu dengan membentuk kestabilan masa depan, memacu dan fokus untuk meraih kejayaan lebih besar pada musim 2018."
Must-Watch Video