Skip to main content

Bola Sepak

Stadium TLDM Lumut, MBPJ dalam radar PKNS FC

pkns-fc.jpg

Setiausaha PKNS FC, Adi Harmizi, menjelaskan pihaknya cuba mendapatkan pilihan terbaik untuk pasukan itu agar dapat beraksi pada sebelah malam susulan Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan pada waktu itu sehingga hujung Mac ini.

PKNS FC akan beraksi di Stadium Shah Alam sebagai gelanggang tuan rumah musim ini.

Bagaimanapun, venue itu hanya sedia digunakan pada sebelah petang untuk permulaan Liga Super 2017.

Ia gara-gara lampu limpah stadium itu tidak mencapai piawaian 1,500 lux yang ditetapkan oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Terpaksa akur dengan situasi itu, PKNS, bagaimanapun, masih berusaha mendapatkan alternatif lain untuk memenuhi kemahuan pasukan.

"Seboleh-bolehnya, kami mahu bermain pada sebelah malam tetapi jika tiada pilihan, maka kami terpaksa teruskan beraksi pada sebelah petang di Shah Alam.

"Proses membaik pulih lampu limpah di stadium dijangka akan siap pada Mac," jelas Adi.

Venue yang berada dalam radar PKNS untuk kegunaan sementara pada sebelah malam ketika ini, antaranya Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan Stadium MBPJ. 

"Ada beberapa stadium di sekitar Lembah Klang, cuma daripada segi mendapatkan kebenaran, itu agak sukar kerana saya difahamkan pasukan lain juga sedang berdepan masalah sama," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video