Kemenangan demi kemenangan yang dicipta Sri Pahang FC meletakkan pasukan kendalian Fandi Ahmad itu berada di kedudukan terbaik untuk mencabar kedudukan kedua carta liga bersama Selangor.
Walaupun mengumpul jumlah mata yang sama dengan Red Giants tapi kekurangan jaringan memisahkan kedua-dua pasukan ini, namun kedudukkan itu pasti akan melonjakkan semangat pemain-pemain Tok Gajah untuk terus bangkit bagi memintas juara liga enam kali berkenaan selepas ini.
Kemenangan ketiga berturut-turut dirakam Tok Gajah daripada lima perlawanan sudah tentu melegakan Fandi sebenarnya.
Walaupun bermain secara bertahan tetapi pemain-pemain Pahang bijak menggunakan kesempatan dan peluang yang dimiliki untuk merobek gawang Red Giants melalui serangan balas.
Fandi sudah dapat menghidu kelompongan bahagian tengah Selangor yang agak lompong yang menempatkan tiga pemain tengah sahaja ketika serangan balas dilakukan.
Ia memberi ruang buat Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Kevin Ingreso untuk cepat berada di dalam kawasan penalti sebagaimana jaringan tunggal yang berjaya dimiliki Sri Pahang.
Pemain-pemain Red Giants perlu menyalahkan diri mereka sendiri apabila peluang yang dimiliki tidak dimanfaatkan.
Selain itu, Tan Cheng Hoe perlu juga memperbaiki taktikal bertahan Selangor secara berpasukan terutama di bahagian tengah.
Sekiranya diperhatikan apabila Red Giants menggunakan pemain sayapnya untuk menyerang kawasan terdedah di bahagian tengah amat ketara apabila serangan balas digunakan kerana pemain sayap mereka lambat untuk kembali dalam zon bertahan dan ia memberi ruang pada lawan.
Kealpaan pertahanan dan pemain tengah Red Giants juga merupakan penyebab mereka tewas di tangan Sri Pahang kerana bertindak lambat memberi tekanan kepada pemain lawan yang memiliki bola.
Jika situasi ini tidak diperbaiki segera oleh pasukan kejurulatihan Red Giants, ia pasti akan memberi ruang kepada lawan yang mendatang dapat menghidu kelemahan melalui analisa mereka sebagaimana yang dibuktikan Fandi.
Atas faktor itu Tok Gajah dapat mengecewakan Selangor di Stadium Darulmakmur, Kuantan.