Harry Kane hanya akan menjadi penonton bagi perlawanan membabitkan Tottenham Hotspur dengan Wycombe Wanderers dalam pusingan keempat Piala FA esok atas faktor kecederaan pangkal paha.
Kane, yang sedang berada di kemuncak prestasi, telah menggegar gawang sebanyak enam kali dalam lima penampilan tetapi bakal terlepas aksi di White Hart Lane, esok.
Tonggak antarabangsa itu akan ditemani Toby Alderweireld dan Danny Rose yang turut tersisih akibat kecederaan lutut.
Pengurus pasukan, Mauricio Pochettino, berharap trio itu sedia diturunkan untuk menghadapi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Sunderland, pertengahan minggu depan.
"Toby, Danny dan Harry tersisih. Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko tapi harap-harap mereka akan bersedia untuk aksi Rabu nanti," kata Pochettino menerusi laman sosial Twitter kelab itu.
Spurs sudahpun kehilangan Jan Vertonghen untuk tempoh sebulan akibat masalah betis minggu lalu. Pemain pertahanan itu dijangka akan kembali menjalani latihan dalam tempoh tiga minggu lagi.
Erik Lamela pula terus terpinggir sejak menghadapi masalah pinggul dalam kekalahan aksi Liga Juara-Juara kepada Bayern Leverkusen, Disember lalu.
Bos Spurs itu berharap situasi Lamela dapat dinilai semula hari ini.
"Jan semakin pulih, dia mungkin perlu berehat sehingga 3-4 minggu lagi. Erik akan kembali berlatih bersama kami hari ini dan akan dinilai semula."