Skip to main content

Bola Sepak

Spurs harapkan satu lagi 'magis'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pochettino-cropped_hgy2kgcveru916g0qj0avnv8m.jpg
ROCHDALE 2 TOTTENHAM 2

Mauricio Pochettino tidak terkejut dengan situasi Tottenham yang memerlukan satu lagi "magis" dalam Piala FA selepas diikat 2-2 oleh Rochdale dalam pusingan kelima di Crown Oil Arena, awal hari ini.


Ian Henderson meletakkan skuad terbawah Liga Satu itu di depan sebelum rehat tetapi ledakan Lucas Moura dan sepakan penalti minit ke-88 daripada Harry Kane seperti memastikan laluan ke suku akhir untuk Spurs.

Tetapi Rochdale enggan menyerah kalah dan menuntut perlawanan semula di Wembley apabila Steven Davies menyudahkan jaringan ke arah sudut bawah pada minit ketiga masa kecederaan.

Ia bakal menjadi kejayaan aksi ulangan kedua berturut-turut buat Tottenham apabila mereka menewaskan skuad Liga Dua, Newport County, 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi terdahulu dalam pusingan keeempat.

Bercakap kepada BBC Sport, Pochettino berkata: "Piala FA adalah magis. Kami mempunyai peluang lain di Wembley, keadaan yang sama seperti sebelum ini.

"Saya tidak terkejut. Pertandingan ini sangat berbeza. Newport memberikan kami satu permainan yang hebat dan mereka kalah perlawanan seterusnya dalam liga 5-0.

"Motivasi ini sentiasa besar. Tidak mudah bermain perlawanan jenis ini. Sudah tentu kami mahu menang tetapi kami memiliki peluang.

"Kami mempunyai skuad yang cergas dan ia akan menjadi satu lagi perlawanan untuk ditandingi di Wembley dan kami ada kemungkinan untuk mara ke peringkat suku akhir."

Ditanya adakah jaringan Kane menjadi penentu, Pochettino menjawab: "Tidak. Saya sangat tenang di bangku simpanan kerana saya benar-benar tahu apa yang berlaku jika kita fikir ia sudah berakhir.

"Ia berlaku. Kami mendapat dua peluang keemasan, satu hampir-hampir dan satu adalah gol."

Advertisement

Must Watch Video