Skip to main content

Bola Sepak

Spalletti ubah angin bimbing Inter

luciano-spalletti-100617.jpg
Inter Milan mengumumkan pelantikan Luciano Spalletti sebagai ketua jurulatih baru selepas bekas pengendali AS Roma itu menandatangani kontrak selama dua tahun. 

Spalletti meninggalkan Roma biarpun membantu kelab itu meraih kedudukan kedua dalam Serie A, musim lalu -- menamatkan saingan empat mata di belakang Juventus --  dengan rekod mata tertinggi dalam sejarah Roma. 

Jurulatih berusia 58 tahun itu akan mengambil alih tanggungjawab daripada jurulatih sementara, Stefano Vecchi, susulan pemecatan Stefano Pioli -- yang kini bersama Fiorentina. 

Spaletti akan diperkenalkan kepada media dalam sidang akhbar pada Rabu depan selepas diberi kepercayaan untuk menerajui kelab itu daripada syarikat China, Suning Holdings Group. 

Advertisement

Must Watch Video