Skip to main content

Bola Sepak

Spalleti akui Inter mula putus asa

lucianospalletti.jpg
Luciano Spalletti mahu Inter terus menampilkan aksi cemerlang selepas mengakui pasukannya "berputus asa" pada penghujung permainan ketika menewaskan Chievo 2-1, semalam.

Jaringan daripada Mauro Icardi dan Ivan Perisic memberikan kelebihan kepada Inter tetapi Mariusz Stepinski mengurangkan defisit jaringan yang memberikan semangat buat Chievo untuk terus mengejar bagi mendapatkan gol penyamaan.

Spalletti memuji aksi yang dipamerkan oleh skuad Nerazzurri itu tetapi kecewa dengan semangat pemain-pemain yang semakin berkurangan pada penghujung permainan.

"Menyempurnakan permainan dengan semangat membezakan keputusan perlawanan dan pemain-pemain telah mula berputus asa, jadi kami terpaksa berhempas-pulas," katanya.

Bagaimanapun, jurulatih Inter itu menyifatkan persembahan yang dipamerkan oleh Rafinha dan Marcelo Brozovic sebagai tonggak mereka meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan di tempat lawan.

"Rafinha dan Brozovic bermain dengan baik, mengawal bola dan membantu pasukan ketika menyerang," ujarnya.

Inter akan berdepan pendahulu Serie A, Juventus, di San Siro dan Spalletti akan cuba menampilkan corak permainan yang berkualiti bagi memastikan mereka berpeluang untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

"Ini merupakan perlawanan yang penting, pemain-pemain mengetahui mereka berpeluang untuk bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan saya yakin dengan kebolehan pasukan ini.

"Kami akan cuba memenangi baki perlawanan musim ini."

Advertisement

Must Watch Video