SCOTLAND 2 ENGLAND 2
Jurulatih England, Gareth Southgate, berkata pasukannya mesti mula menunjukkan lebih ketajaman di depan gol selepas memerlukan masa kecederaan untuk Harry Kane menjamin keputusan seri 2-2 menentang Scotland dalam aksi dramatik kelayakan Piala Dunia di Hampden Park, Glasgow, awal pagi tadi.
Skuad Three Lions seolah-olah di ambang kekalahan pertama dalam Kumpulan F kelayakan Piala Dunia, apabila Leigh Griffiths melakukan dua jaringan untuk membatalkan gol sepakan percuma Alex Oxlade-Chamberlain.
Tetapi, ketika perlawanan hampir tamat, Kane -- kapten dalam ketiadaan Wayne Rooney -- merembat hantaran silang Raheem Sterling untuk meraih satu mata di Hampden Park.
Dan Southgate kecewa kerana England meraih satu mata dalam perlawanan yang dia rasai dikawal mereka.
"Ia satu perlawanan yang kami perlu menang, perlawanan yang dalam kawalan kami," kata bos England itu kepada ITV.
"Terdapat dua detik yang berkualiti cemerlang untuk membolehkan kami di depan. Tetapi kami tidak boleh tewaskan. Kami perlu mempunyai mentaliti itu dan kami tunjukkannya pada penghujung perlawanan.
"Kami mempunyai saat-saat yang baik, kami berada dalam kedudukan yang baik pada penghujung perlawanan.
"Kami mesti lakukan penyudah. Kami bermain sebagai satu pasukan dengan empat atau lima pemain di belakang. Saya faham mengapa mereka berbuat demikian tetapi kami mempunyai kedudukan yang baik dan tidak mengambil peluang. "
Southgate enggan menyalahkan pasukannya kerana melepaskan gol kedua menerusi sepakan percuma dan gembira kerana pendahulu kumpulan, England, masih mempunyai kelayakan dalam tangan untuk ke Russia.
"Sepakan percuma itu adalah cuai," katanya. "Kami mengawal perlawanan. Kami sepatutnya jauh ke hadapan tetapi jika anda tidak mendapat gol kedua, anda boleh dihukum.
"Objektif kami adalah untuk layak dan kami masih berada di atas dalam kumpulan ini."