Skip to main content

Bola Sepak

Sony Norde menang tuntutan, KDA FC diperintah bayar RM353,000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sony-norde.jpg
Mahkamah Sesyen memerintahkan Darulaman Football Club Sdn Bhd membayar RM353,426.50 kepada bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde, susulan tunggakan gaji dan yuran pendaftaran yang tidak dijelaskan kepadanya.

Keputusan itu dibuat hari ini selepas mahkamah mendapati kelab berkenaan gagal melunaskan gaji selama tujuh bulan kepada pemain berasal dari Haiti itu.

Kelab itu juga didapati tidak membayar yuran pendaftaran ketika beliau menyertai pasukan Sang Kenari itu dalam Liga Super 2024.

Peguam Sony, Elfie Nieshaen, berkata pihaknya akan meneruskan pelaksanaan kehakiman sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan mahkamah.

Menurutnya, mahkamah turut membenarkan tuntutan Sony untuk memperoleh faedah sebanyak 10 peratus daripada jumlah tunggakan, selain lima peratus tambahan yang dijanjikan oleh pihak kelab kepadanya.

“Kes ini difailkan susulan keputusan yang telah dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun tiada maklum balas dokumentasi daripada pihak KDA FC. Aduan rasmi telah dibuat kepada FIFA pada Januari lalu dan kes ini akhirnya dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar.

-- Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video