Pengurus Tottenham, Antonio Conte, gusar apabila Son Heung-min mungkin tidak dapat beraksi sepanjang bulan ini selepas pemain kebangsaan Korea Salatan itu mengalami kecederaan otot.
Son -- yang melakukan 21 penampilan bersama Spurs dalam kesemua kejohanan musim ini dan telah mendaftarkan lapan gol dan tiga bantuan jaringan -- dikeluarkan pada minite ke-79 sewaktu Spurs tewas 0-2 kepada Chelsea dalam separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge pada Khamis lalu tetapi Conte menegaskan bahawa pertukaran pada ketika itu bukan disebabkan kecederaan.
Bercakap dalam sidang media menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang kelab Liga Satu, Morecambe, bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan itu berkata penyerang berkenaan berasa sakit di kakinya sehari kemudian dan ujian imbasan mendapati terdapat kecederaan pada ototnya.
"Ia satu situasi yang aneh. Sewaktu menentang Chelsea, saya melakukan dua pertukaran serentak melibatkan Lucas Moura dan Son," kata Conte kepada Wartawan.
"Tetapi ia bukan disebabkan kecederaan, saya hanya mencuba untuk memberikan mereka sedikit waktu rehat selama 15 minit.
"Sehari kemudian, dia berasa sedikit kesakitan di otot kakinya. Dia menjalani imbasan dan kini kami perlu melakukan penilaian yang betul dengan pihak doktor. Dia mengalami kecederaan.
"Saya tidak tahu, mungkin dia tidak dapat menyertai latihan sehingga tamat kitaran kali ini, sebelum waktu rehat antarabangsa," katanya.
Waktu rehat antarabangsa berikutnya adalah pada penghujung bulan ini dan ia bermakna, Son tidak akan dapat bermain buat Tottenham sehingga bulan depan.

3 - Son Heung-min has now scored Tottenham's first goal under each of their last three permanent managers (Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo and Antonio Conte). Induction. pic.twitter.com/HiSlI2AuAL
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2021