Skip to main content

Bola Sepak

Sneijder: Rekod penampilan tak penting

sneijder-090617.jpg
Wesley Sneijder bakal muncul sebagai pemain paling kerap mewakili Belanda menjelang pertembungan dengan Luxembourg, namun menegaskan rekod itu tidak penting. 

Jurulatih skuad Oranje, Dick Advocaat, mengesahkan Sneijder akan memulakan permainan dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Rotterdam itu, sekaligus memastikan dia akan melepasi rekod penampilan terbanyak Edwin van der Sar -- 131 penampilan buat pasukan kebangsaan. 

Bagaimanapun, Belanda kini menghuni tangga keempat Kumpulan A apabila tercicir enam mata dengan peneraju, Perancis, dan pemain tengah itu hanya memikirkan soal untuk membantu pasukannya meraih tiga mata. 

"Rekod tidak penting. Anda terlalu memikirkannya berbanding saya," katanya dalam sidang media pra-perlawanan. 

"Eso, adalah berkenaan tiga mata. Kami perlu menang ke atas Luxembourg. 

"Sebaik perlawanan itu selesai, anda boleh ajukan apa jua soalan kepada saya tetapi ketika ini saya hanya memikirkan Luxembourg."

Aksi menentang Luxembourg itu merupakan perlawanan pertama di bawah bimbingan Advocaat sejak dia kembali menyandang jawatan berkenaan dengan meninggalkan Fenerbahce buat kali ketiga, dan dia menghamburkan pujian terhadap tonggak tengahnya itu. 

"Ketika saya menurunkannya buat kali pertama pada 2003, kami telah mengadakan perbincangan, termasuk dengan pihak media, sama ada dia patut diturunkan di samping Rafael van der Vaart," kata Advocaat.

"Namun, bagi saya, kualiti yang dimilikinya tidak boleh dipersoalkan. Dia merupakan pemain terbilang dengan karier hebat."

 

Advertisement

Must Watch Video